1) Tepung (2 sudu besar)
2) Marjerin (1 sudu besar)
3) Susu (1 cawan)
4) Bawang besar (1/4)
5) Bay leaf (1 helai)
6) Bunga cengkih (2 batang)
7) Garam
8) Serbuk lada putih
Mula-mula cairkan marjerin, kemudian masukkan tepung. Adunan ini dikenali sebagai white roux. Masak white roux sehingga sebati dan ketepikan.
Selepas itu, bentukkan onion piquet dengan mengatur bawang besar bersama bunga cengkih dan bay leaf.
Kemudian, suamkan susu dengan menggunakan api yang sederhana dan masukkan onion piquet yang telah dibuat tadi.
Setelah beberapa minit, keluarkan onion piquet tersebut dan masukkan adunan white roux. Tambahkan garam dan serbuk lada putih.
Kacau adunan susu tersebut sehingga pekat.
Sos béchamel sedia digunakan untuk membuat lasagna ataupun boleh juga dijadikan sebagai pencicah.