1) Cili (Mengikut saiz hidangan yang dikehendaki)
2) Ikan kembong (1 ekor)
3) Ikan rebus diambil isinya (2 ekor)
4) Kelapa parut (1 cawan)
5) Kelapa parut goreng (1 cawan)
6) Bawang merah (6 ulas)
7) Halia (1cm)
8) Bawang putih dipotong kasar (2 ulas)
9) Limau nipis (1 biji)
10) Santan pekat (1/2 cawan)
11) Gula (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)
Asingkan isi ikan kembong daripada tulangnya. Potong kasar dan tumbuk hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Tumbuk isi ikan rebus. Masukkan juga ke dalam mangkuk.
Tumbuk kelapa parut. Masukkan juga ke dalam mangkuk.
Tumbuk kelapa parut goreng. Masukkan juga ke dalam mangkuk.
Tumbuk halia dan bawang putih hingga hancur diikuti dengan bawang merah.
Campurkan bersama semua bahan yang ditumbuk, gula, garam dan santan pekat. Gaul sebati.
Perah jus limau. Gaul sebati.
Belah sedikit cili dan buang bijinya. Masukkan inti ke dalam cili hingga penuh dan masukkan ke dalam periuk.
Curahkan 2 cawan santan ke dalam periuk. Tutup periuk dan biar hingga solok lada masak.
Enak dimakan bersama nasi kerabu.