1) Labu air dipotong kecil (1 biji)
2) Udang dibuang kulit (100g)
3) Bawang besar (1 biji)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Bawang putih (2 ulas)
6) Udang kering (2 sudu)
7) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
8) Gula (secukup rasa)
9) Garam (secukup rasa)
Tumbuk udang kering hingga lumat diikuti dengan bawang putih.
Tumis hingga garing.
Masukkan bawang merah yang dipotong halus, bawang besar yang dipotong nipis, dan udang.
Apabila udang masak, masukkan 3 cawan air. Kacau dan masukkan labu air, garam, serbuk lada sulah dan gula.
Kacau sebati dan biar mendidih hingga empuk sebelum dihidang.