1) Daging - dipotong kecil (500g)
2) Bawang putih (2 ulas)
3) Halia (2 cm)
4) Bawang merah (8 ulas)
5) Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
6) Serbuk ketumbar (1 sudu kecil)
7) Jintan manis (1 sudu kecil)
8) Jintan putih (1 sudu kecil)
9) Serai - dihiris nipis (1 batang)
10) Gula merah (1 cawan)
11) Air perahan asam jawa (2 sudu besar)
12) Minyak (1 cawan)
13) Garam (sedikit)
14) Pencucuk - mengikut saiz hidangan
Kisar serai, bawang merah, halia dan bawang putih bersama sedikit air.
Campurkan daging bersama bahan kisar, jintan manis, ketumbar, jintan putih dan serbuk kunyit.
Masukkan gula merah, garam, minyak dan curahkan perahan asam jawa.
Perap lebih kurang 3 jam.
Selepas 3 jam, cucuk hirisan daging pada setiap batang pencucuk.
Bakar, balik-balikkan supaya daging empuk dan masak sekata serta tidak terlalu hangus.
Angkat dan hidang bersama nasi impit dan kuah kacang.
Selamat menjamu selera…
Tips: Rendam pencucuk tersebut selama 1/2 jam di dalam air supaya ia tidak mudah terbakar.