1) Roti (4 keping)
2) Telur rebus (2 biji)
3) Mayonis (3 sudu besar)
4) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
5) Daun salad (2 helai)
6) Mentega (2 sudu besar)
Hancurkan telur rebus.
Campurkan dengan mayonis dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
Sapukan mentega pada roti dan ratakan telur tadi di atasnya.
Letakkan kepingan salad segar.
Potong bahagian tepi roti sebelum dihidang.