1) Roti (4 keping)
2) Sardin (2 ketul)
3) Jus limau nipis (1 sudu besar)
4) Bawang merah dihiris nipis (1 ulas)
5) Bawang putih dicincang (1/4 ulas)
6) Daun salad (2 helai)
7) Mentega (2 sudu besar)
Buang tulang ikan sardin dan hancurkan.
Campurkan dengan bawang merah, bawang besar, jus limau, dan gaul rata. Boleh tambahkan hirisan cili jika suka.
Sapukan mentega pada roti dan ratakan sardin di atasnya.
Letakkan kepingan salad segar.
Potong bahagian tepi roti sebelum dihidang.