1) Tempoyak (4 sudu)
2) Cili padi (3 biji)
3) Cili merah (1 biji)
4) Belacan bakar (secukup rasa)
5) Garam (secukup rasa)
Tumbuk cili padi dan cili merah. Masukkan garam supaya cili mudah lumat.
Masukkan belacan. Teruskan menumbuk hingga lumat.
Masukkan tempoyak, kacau hingga semua bahan sebati.
Sambal tempoyak dihidang bersama ulam.