1) Sotong (200g)
2) Cili boh (4 sudu besar)
3) Bawang merah (4 ulas)
4) Bawang putih (1 ulas)
5) Bawang besar - dipotong bulat (1/2 labu)
6) Bawang besar - dikisar (1/2 labu)
7) Air asam jawa (sedikit)
8) Garam (sedikit)
9) Serai (1 batang)
10) Minyak untuk menumis
Mula-mula, kisar bawang besar sehingga lumat.
Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi. Bahan tersebut boleh juga dimayang jika suka.
Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak dengan api sederhana. Kemudian masukkan gula dan bawang besar yang dipotong.
Apabila layu, masukkan bawang besar yang dikisar diikuti dengan serai yang telah diketuk dan sedikit garam. Kacau dan biarkan mendidih sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan sotong dan air asam jawa. Goreng sehingga kering.
Hiaslah dengan cili merah dan daun sup jika suka.