1) Nenas dihiris nipis (1/4 biji)
2) Cili boh (5 sudu besar)
3) Bawang putih (2 ulas)
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Belacan yang dibakar (secukup rasa)
6) Gula (3 sudu )
7) Garam (secukup rasa)
8) Minyak untuk menumis (secukupnya)
Tumbuk belacan bersama air hingga belacan cair.
Tumis bawang putih (dicincang) hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah (dipotong halus).
Setelah bawang merah layu, masukkan belacan dan cili boh. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan nenas. Kacau sebati.
Apabila nenas layu, masukkan garam dan kacau hingga masak.