1) Filet ikan salmon (1 potong)
2) Lemon diambil jusnya (1/2 biji)
3) Air (1/3 cawan)
4) Kicap (1/3 cawan)
5) Minyak sayuran (1/4 cawan)
6) Bawang putih dicincang (2 ulas)
7) Gula perang (3 sudu besar)
8) Garam (secukup rasa)
Campurkan air, kicap, minyak sayuran dan gula perang. Kacau sebati.
Perap filet ikan salmon bersama garam, bawang putih, jus lemon, dan adunan sos tadi.
Perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya dua jam.
Goreng salmon bersama bahan perapannya hingga salmon masak dan kuahnya kering.