1) Telur rebus (4 biji)
2) Kentang - potong dadu dan digoreng (1 biji)
3) Kentang - direbus dan dilenyek (1 biji)
4) Timun
5) Salad (sedikit)
6) Susu cair (1/2 cawan)
7) Mentega (1 sudu besar)
8) Tomato
9) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
10) Garam (1/2 sudu kecil)
11) Gula (1 sudu besar)
Cara-caranya, pertama, potong kecil tomato, dan potong dadu setengah biji timun.
Setelah itu, belah dua telur dan asingkan kuning telur. Kemudian, potong nipis putih telur.
Setelah itu, masukkan mentega ke dalam mangkuk, diikuti dengan kentang lenyek, kuning telur, serbuk lada sulah, garam, gula dan susu cair. Setelah itu, lenyek dan gaul semua bahan hingga sebati.
Jika terlalu kering, tambahkan lagi susu cair dan gaul hingga bahan-bahan tersebut sebati dan pekat.
Kemudian, susun salad di dalam mangkuk hidangan dan masukkan telur, kentang goreng, timun dan tomato berselang-seli.
Akhir sekali, curahkan sosnya. Salad telur sedia untuk dihidang.