1) Mangga muda - dipotong nipis memanjang (1 biji)
2) Udang (100g)
3) Bawang besar (1/2 ulas)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Bawang putih (1 ulas)
6) Limau nipis (1 biji)
7) Cili padi (4 biji)
8) Daun pasli (sedikit)
9) Daun bawang (sedikit)
10) Gula (1 sudu besar)
11) Garam (1 sudu kecil)
Pertama sekali, didihkan air dan masukkan udang serta garam. Tutup periuk dan biarkan hingga udang masak. Toskan airnya dan biarkan sejuk sebentar. Kemudian, kupas kulitnya.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang dipotong halus hingga garing. Kemudian, angkat dan toskan minyaknya.
Setelah itu, gaul mangga bersama sedikit garam hingga sebati dan masukkan air. Rendam seketika dan toskan airnya.
Masukkan mangga ke dalam mangkuk diikuti dengan udang, daun bawang, bawang putih dan merah yang digoreng garing, cili padi yang dipotong halus, bawang besar yang dipotong nipis, daun pasli, sedikit garam dan gula.
Gaul semua bahan hingga sebati dan akhir sekali masukkan air perahan limau nipis. Gaul rata dan salad mangga sedia untuk dihidang.