1) Udang (100g)
2) Sotong (2 ekor)
3) Daun salad
4) Tomato ceri (8 biji)
5) Timun dibuang biji dan dipotong dadu (1/2 biji)
6) Bawang besar (2 hiris)
7) Limau nipis (1 biji)
8) Limau kasturi (3 biji)
9) Madu (3 sudu)
10) Serbuk lada hitam (sedikit)
11) Garam (sedikit)
12) Minyak zaiton (sedikit)
Didihkan 2 cawan air bersama garam dan celur udang. Angkat, tos, dan ketepikan.
Celur sotong. Angkat, tos, dan ketepikan.
Masukkan tomato ceri ke dalam mangkuk bersama udang, sotong, lobak merah (dipotong dadu), timun, bawang besar, serbuk lada hitam, minyak zaiton, madu, dan garam. Gaul sebati.
Potong limau nipis serta limau kasturi dan perahkan airnya ke atas bahan-bahan tadi. Gaul dan hidang.