1) Roti (4 keping)
2) Telur (1 biji)
3) Sardin (1 ketul)
4) Bawang besar (1 biji)
5) Cili merah (1 biji)
6) Sos cili (4 sudu)
7) Sos tomato (2 sudu)
8) Mentega (1 sudu)
Roti dipotong dadu kecil.
Cincang halus ½ biji bawang besar.
Hancurkan sardin hingga sedikit lumat.
Di dalam kuali, cairkan mentega dan tumis bawang besar yang dicincang hingga layu.
Masukkan sardin. Kacau sebentar.
Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau sebati.
Masukkan cili merah yang dihiris nipis. Biar hingga layu.
Masukkan telur yang sudah dipukul. Kacau seketika.
Masukkan roti. Kacau sebati sebelum dihidang.