1) tepung gandum (500g)
2) telur (2biji )
3) pewarna (2 sudu besar)
4) garam (1/2 sudu besar )
5) air (4cawan )
6) coklat masak (200g)
1. Ayak tepung gandum bersama garam. Ketepikan dahulu.
2. Campurkan air dengan telur, dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Kemudian tapis adunan tersebut untuk mengelakkannya berketul.
kacau sebati , dan masukkan pewarna.
5. Seterusnya, panaskan kuali tidak lekat. Ambil adunan menggunakan acuan roti jala, dan bentukkan pusingan bulat dari luar ke dalam. Biar sebentar sehingga roti jala masak.
6. Angkat & gulungkannya.
7. Untuk membut coklatnya pula, hanya masak coklat dgn teknik double boiler sehingga cair.
8. Roti jala bolehlah dihidang bersama coklat cair.