1) Doh manis (1 ketul)
2) Sosej (1 batang)
3) Kuning telur - dicampur bersama sedikit susu segar (1 biji)
4) Mentega - untuk mengilatkan roti setelah dibakar (sedikit)
Mula-mula, canai leper doh manis dan kemudian bentukkannya menjadi bulat memanjang.
Seterusnya balutkan sosej ditengahnya.
Apabila siap, ketepikan lebih kurang 1 jam supaya doh kembali ringan. Tutup rapat doh tersebut.
Setelah doh telah kembali ringan aturkan di atas dulang pembakar. Sapukan dengan campuran telur dan susu .
Bakar roti ini di dalam ketuhar pada suhu 160 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang enam hingga sepuluh minit
Apabila masak, keluarkan dari ketuhar dan sapukan permukaan roti dengan sedikit mentega supaya permukaannya lembut dan berkilat.
Roti gulung bersosej ini pastinya enak dinikmati pada bila-bila masa. Selamat mencuba.