1) Roti - dibuang kulit tepinya (6 keping)
2) Bawang besar - dicincang (1/4 cawan)
3) Cili hijau - dicincang (1 biji)
4) Kentang rebus - dihancurkan (1 cawan)
5) Air (1 cawan)
6) Serbuk kunyit (1/4 sudu kecil)
7) Serbuk cili (1/4 sudu kecil)
8) Daun halba (1 sudu kecil)
9) Garam masala (1/4 sudu kecil)
10) Garam biasa (secukup rasa)
Mula-mula sediakan intinya. Campurkan kentang hancur tadi bersama cili, bawang besar, garam biasa, garam masala, serbuk cili, daun halba, dan juga serbuk kunyit. Gaul sebati semua bahan-bahan ini.
Kemudian, percikkan sedikit air ke atas roti dan lembutkannya. Letakkan inti ditengah-tengah roti.
Rapatkan bahagian tepi roti dan bungkus inti tersebut. Pastikan ianya benar-benar rapat supaya tidak mudah terbuka apabila digoreng.
Seterusnya panaskan minyak dan goreng roti ini. Goreng sehingga roti bertukar warna coklat keemasan.
Roti goreng berinti ini boleh dimakan begitu saja ketika panas ataupun boleh juga dicicah bersama chutney daun ketumbar sebagai panambah rasa. Selamat mencuba!