1) Roti - dipotong dadu (8 keping)
2) Daging cincang (150g)
3) Telur (2 biji)
4) Bawang besar - dicincang (1 labu )
5) Tomato - dicincang (1 biji)
6) Sos cili (8 sudu)
7) Minyak sayuran (4 sudu)
Mula-mula, tumis bawang besar sehingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan daging cincang.
Kacau rata sehingga daging masak dan empuk.
Seterusnya, masukkan tomato, telur, sos cili dan juga roti.
Kacau rata sehingga semua bahan sebati bersama semua rasa.
Roti daging goreng bolehlah dimakan menggantikan nasi. Selamat mencuba.