1) Roti perancis (4 keping)
2) Mentega bawang putih (1/2 cawan)
3) Sosej - dipotong serong (1 mangkuk)
4) Cili kering (5 biji)
5) Bawang merah - dihiris nipis (1 ulas)
6) Bawang besar - dihiris nipis (1/4 biji)
7) Sos cili (1 sudu besar)
8) Kicap (1 sudu besar)
Sapu roti dengan mentega bawang putih.
Bakar menggunakan kuali hingga bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah dan cili kering. Kacau hingga bawang merah layu.
Masukkan sosej, bawang besar, sos cili dan kicap. Kacau supaya sosej sebati dengan semua bahan.
Hidang Sosej Goreng Pedas bersama Roti Bawang Putih.