BAHAN-BAHAN UTAMA
1) Tauhu (2 keping)
2) Telur rebus (1 biji)
3) Kangkung dicelur (6 tangkai)
4) Taugeh juga untuk dicelur (1 cawan)
5) Timun
6) Sengkuang
7) Nenas
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
1) Kacang tanah (1 cawan)
2) Cili kering (4 biji)
3) Sos manis (1 sudu)
4) Petis (1 sudu)
5) Air asam jawa (1 sudu)
6) Gula (1/4 cawan)
7) Garam (secukup rasa)
Goreng tauhu yang dibelah dua. Setelah garing, angkat dan potong nipis tauhu.
Potong 1/2 biji timun halus memanjang.
Potong sengkuang halus memanjang.
Potong kecil nenas.
Untuk membuat kuahnya;
Goreng kacang tanah. (Boleh digoreng tanpa minyak) Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.
Tumbuk kacang tanah. (Jika digoreng tanpa minyak, buang kulitnya sebelum ditumbuk) Setelah lumat, ketepikan.
Tumbuk cili kering yang dilembutkan dengan air mendidih hingga hancur dan masukkan garam dan gula. Tumbuk sebati dan masukkan sos manis, petis dan air asam jawa.
Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi dan gaul sebati.
Masukkan 1/2 cawan air panas dan gaul sebati.
Hidang kuah bersama tauhu goreng, telur rebus, timun, nenas, sengkuang serta kangkung dan taugeh yang dicelur.