1) Jantung Pisang - dipotong nipis (1 biji)
2) Ayam (200g)
3) Santan (2 cawan)
4) Bawang Merah - dicincang (4 ulas)
5) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
6) Halia (2 cm)
7) Lengkuas (2 hiris)
8) Kunyit (2 cm)
9) Asam (2 keping)
10) Serbuk Kari (2 sudu besar)
11) Serbuk Cili (2 sudu besar)
12) Kerisik (2 sudu besar)
13) Gula Melaka (sedikit)
14) Garam (secukup rasa)
Campurkan jantung pisang dengan garam dan air. Ramas and tapis.
Masukkan jantung pisang ke dalam air mendidih. Biar mereneh.
Setelah empuk, angkat dan toskan airnya.
Tumbuk lengkuas hingga lumat, diikuti dengan kunyit dan halia.
Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan bawang merah.
Masukkan serbuk cili yang dicairkan dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari yang dicairkan dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan bahan ditumbuk. Kacau rata dan masukkan ayam. Tumis kira-kira 5 minit.
Masukkan santan dan asam keping. Biar mendidih hingga pecah minyak.
Masukkan jantung pisang, gula melaka, garam dan kerisik. Biar mendidih. Kacau sekali-sekala.
Apabila kuah pekat, kecilkan api. Biar hingga pecah minyak.
Hdang.