Bahan untuk Pasta
1) Tepung (2 cawan)
2) Telur (1 biji)
3) Garam (sedikit)
Bahan untuk Raviolli berinti Keju
1) Pasta - dicanai (4 keping)
2) Keju mozzarella (1 sudu besar)
3) Kuning telur (1 biji )
4) Keju parmesan (1 sudu besar)
5) Kuning telur - untuk lekatkan kepingan pasta (1 biji)
6) Garam
7) Serbuk lada putih
Pasta
Mula-mula, buatkan ruang di tengah-tengah tepung, masukkan garam dan telur di ruang tersebut.
Kacau telur tersebut perlahan-lahan dan campurkan dengan tepung juga secara perlahan.
Gaulkan adunan tepung tersebut sehingga menjadi doh dan kemudian uli doh tersebut sehingga anjal.
Kemudian, rehatkan doh tersebut selama 15 minit sebelum digunakan untuk membuat pelbagai jenis pasta.
Selepas 15 minit, pasta tersebut bolehlah digunakan untuk membuat ravioli berinti keju.
Raviolli berinti Keju
Kaedahnya, campurkan keju mozzarella, keju parmesan dan kuning telur. Kacau rata dan masukkan serbuk lada putih serta garam.
Selepas itu, letakkan campuran bahan tersebut di tengah sekeping pasta.
Sapukan kuning telur di sekeliling pasta tersebut dan juga pada sekeping pasta yang lain, kemudian lekapkan kedua-duanya.
Didihkan air bersama sedikit garam dan masak ravioli sehingga empuk.
Raviolli boleh dihidang bersama sos tomato dan sos béchamel ataupun boleh juga dimakan bersamasos bolognese.