Bahan untuk Puri
1) Tepung gandum (3 cawan)
2) Air (3 1/4 cawan)
3) Minyak sapi untuk menguli tepung (3 sudu besar)
4) Garam (sedikit)
Bahan untuk Kuah
1) Kentang (2 biji)
2) Terung - dipotong nipis (1/2 batang)
3) Cili merah dihiris nipis (1 biji)
4) Daun kari (1 tangkai)
5) Kacang pis dalam tin (1/2 cawan)
6) Kacang kuda (1/2 cawan)
7) Air (1 cawan)
8) Bawang putih (2 ulas)
9) Bawang merah (1 ulas)
10) Biji sawi (1 sudu kecil)
11) Serbuk lada putih (1/2 sudu kecil)
12) Serbuk kunyit (1/2 sudu kecil)
13) Garam (secukup rasa)
Mula-mula rebus kentang dan kacang kuda dalam periuk berasingan. Sementara menunggu kedua-duanya empuk, sediakan doh puri.
Campurkan tepung bersama garam dan air. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh.
Seterusnya, bulat kecil doh tersebut dan ketepikan lebih kurang 10 hingga 15 minit.
Apabila kentang tadi telah empuk, angkat dan kupas kulitnya.Kemudian, potong kecil kentang tersebut dan ketepikan.Kacang kuda tadi juga disejatkan airnya dan diketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga wangi dan masukkan biji sawi, serbuk lada putih, serbuk kunyit, dan terung.
Apabila terung sedikit layu, masukkan cili merah, garam secukup rasa, air, kacang kuda dan juga kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga semua bahan-bahan ini mereneh. Kemudian masukkan daun kari dan juga kacang pis.
Masak lagi sehingga semua bahan-bahan ini hancur dan menjadi pekat.
Seterusnya, sapu sedikit minyak sapi pada papan pencanai dan uli lagi doh tersebut bersama sedikit minyak sapi. Seterusnya, leperkannya. Gunakan sedikit tepung supaya ia tidak melekat.
Akhir sekali apabila siap, panaskan minyak dan goreng puri satu persatu. Puri ini perlu digoreng dalam minyak yang banyak. Ianya akan menggelembung dan terapung apabila masak.
Puri bolehlah dicicah bersama kuah yang dimasak tadi. Selamat menikmati hidangan.