1) Beras Pulut - direndam sekurang-kurangnya 2 jam (500g)
2) Gula Merah (100g)
3) Kelapa Muda Parut (1/2 biji)
4) Garam (sedikit)
Kukus beras pulut hingga masak.
Setelah diangkat, campurkan sedikit air supaya pulut tidak berketul.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus hingga pulut tersebut masak sebati bersama gula merah.
Pulut pagi dimakan bersama kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam.