1) Beras pulut (2 cawan)
2) Ikan masin (10g)
3) Kelapa parut putih (1 cawan)
4) Garam (sedikit)
Beras pulut dimasak bersama 2 cawan air, dengan api sederhana.
Apabila air kering, kacau sedikit dan tutup periuk. Bia atas api kecil hingga empuk dan masak.
Goreng ikan masin hingga garing dan kemudian ketepikan.
Kelapa parut dicampurkan bersama sedikit garam.
Hidang pulut bersama kelapa parut dan ikan masin goreng.