1) Roti pizza (1 keping)
2) Dada ayam - saiz kecil (4 ketul)
3) Bawang putih - dicincang (1 ulas)
4) Bawang besar - dicincang (1 biji)
5) Pasli (1/4 cawan)
6) Cendawan butang - dibelah empat (1/2 cawan)
7) Nenas dalam tin (1/2 cawan)
8) Super sauce (1 cawan)
9) Sos pomodoro (2 sudu besar)
10) Keju mozzarella (4 oz)
11) Keju parmesan (2 oz)
12) Minyak zaiton (1 sudu besar)
13) Oregano kering (1 sudu kecil)
14) Serbuk lada hitam (secukup rasa)
15) Garam (secukup rasa)
Mula-mula perasakan ayam dengan sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam. Goreng ayam ini sehingga setengah masak.
Kemudian hiris nipis ayam ini dan ketepikan.
Seterusnya sapu rata sos pomodoro dan juga super sauce ke atas roti pizza. Taburkan daun pasli, diikuti dengan keju parmesan, nenas, bawang besar, bawang putih, ayam tadi, cendawan, oregano kering, dan akhir sekali tabur rata keju mozzarella.
Bakar pizza ini di dalam ketuhar pada suhu 250c lebih kurang 20 minit.
Pizza super sedia untuk dinikmati. Selamat menjamu selera.