1) Pisang abu muda - dibelah empat (3 biji)
2) Bawang putih (2 ulas)
3) Daun kari (1 tangkai)
4) Kacang dal (1 sudu besar)
5) Biji sawi (1 sudu kecil)
6) Serbuk cili (1 sudu kecil)
7) Serbuk kunyit (1/2 sudu kecil)
8) Garam (secukup rasa)
Mula-mula, panaskan air dan celur pisang lebih kurang 1 minit. Apabila siap dicelur, sejat dan ketepikan. Pisang tanduk juga boleh digunakan untuk resepi ini.
Seterusnya, tumis bawang putih sehingga agak garing dan ketepikan
Kemudian menggunakan sedikit minyak goreng pula biji sawi diikuti dengan bawang putih tadi dan juga daun kari.
Goreng daun kari sehingga sedikit layu dan berbau harum, kemudian masukkan kacang dal.
Goreng sehingga kacang sedikit garing dan masukkan kunyit serta pisang. Goreng pisang tersebut sehingga berwarna keemasan. Dan kemudian, masukkan serbuk cili …(pause for awhile) serta garam.
Sebatikan pisang tersebut bersama semua rasa
Aroma rempah dan rasa unik pisang goreng berempah ini pastinya membangkitkan selera jika dimakan bersama nasi ketika masih panas.
Selamat menikmati hidangan!!