1) Peria (1 biji)
2) Udang kertas (100g)
3) Bawang besar (1/2 labu)
4) Cili merah dan cili hijau - dihiris nipis (1)
5) Garam (sedikit)
6) Minyak untuk menumis
Peria dibelah dua dan dibuang bijinya. Setelah itu, potong peria nipis-nipis.
Kemudian, masukkan sedikit garam ke dalam semangkuk air dan rendam peria tadi untuk mengurangkan rasa pahitnya. Biarkan seketika.
Selepas itu, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan udang. Setelah udang masak, masukkan bawang besar yang dipotong nipis.
Selepas bawang layu, masukkan peria diikuti dengan cili jika suka.
Akhir sekali, masukkan sedikit garam.
Gorenglah sehingga peria masak dan sedia untuk dihidang.