1) Tepung gandum (2 cawan)
2) Daun pandan (1 helai)
3) Gula melaka (1 keping)
4) Kapur makan (dicairkan) (secubit)
5) Santan (2 cawan)
6) Garam (secukup rasa)
Gaul sebati tepung gandum dengan air kapur, garam, dan 1 cawan air.
Didihkan 4 cawan air dan masukkan adunan sedikit demi sedikit menggunakan sudu. Biar masak (terapung).
Dalam periuk berlainan, masukkan santan, daun pandan, garam dan gula melaka. Panaskan dan kacau hingga gula melaka cair.
Angkat adunan yang telah masak, tos airnya dan masukkan ke dalam kuah. Biar mendidih hingga masak.
Kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul.