1) Pisang abu - buang kulit dan potong bulat (6 biji)
2) Santan (3 cawan)
3) Gula melaka (1 keping)
4) Daun pandan - disimpul (1 helai)
5) Garam (sedikit)
Masukkan semua bahan ke dalam periuk – santan, pisang, daun pandan, gula melaka dan sedikit garam.
Masak dengan api sederhana.
Kacau sekali sekala supaya santan tak berketul. Biar mendidih hingga pisang masak dan kuahnya sedikit pekat.