1) Tauhu (2 keping)
2) Telur rebus (1 biji)
3) Kacang panjang dicelur (6 batang)
4) Taugeh juga untuk dicelur (1 cawan)
5) Kangkung dicelur (6 tangkai)
6) Kacang tanah (1 cawan)
7) Cili kering (8 biji)
8) Bawang merah (4 ulas)
9) Belacan (1 sudu)
10) Air asam jawa (1 sudu )
11) Gula (1/4 cawan)
12) Garam (secukup rasa)
Untuk membuat kuahnya:
Goreng kacang tanah. (Boleh digoreng tanpa minyak)
Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.
Tumbuk kacang tanah. (Jika digoreng tanpa minyak, buang kulitnya sebelum ditumbuk supaya kulit tidak terapung dalam kuah)
Setelah lumat, masukkan ke dalam mangkuk bersama 1 cawan air panas. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk.
Tumbuk cili kering yang sudah dilembutkan dengan air mendidih. Masukkan belacan, dan bawang merah.
Setelah semua bahan hancur, masukkan ke dalam periuk tadi.
Masukkan juga air asam jawa, gula, dan 2 cawan air. Panaskan periuk dan didihkan kuah hingga pekat.
Untuk hidangan pecal:
Goreng tauhu yang dibelah dua. Setelah garing, angkat dan tos minyak. Potong nipis tauhu tersebut.
Hidang bersama kacang panjang, kangkung dan taugeh yang dicelur, telur rebus, serta kuah kacang.