1) Spaghetti (1/2 bungkus)
2) Air untuk lembutkan spaghetti
3) Sosej - dihiris nipis (4 batang)
4) Daging cincang (5 oz)
5) Bawang putih - dicincang (1 ulas)
6) Bawang besar - dicincang (1 biji)
7) Tomato - dibuang kulit dan dicincang (5 biji)
8) Tomato puri (1 tin)
9) Minyak zaiton (4 sudu besar)
10) Keju parmesan (2 sudu besar)
11) Daun selasih - dicincang (4 helai)
12) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
13) Oregano kering (1 sudu kecil)
14) Gula (1 sudu kecil)
15) Garam (secukup rasa)
Mula-mula, panaskan setengah daripada minyak zaiton dan goreng daging cincang serta sosej. Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam dan sedikit garam. Masak lagi sehingga daging dan sosej tersebut empuk,
Seterusnya, panaskan minyak zaiton yang selebihnya tadi dan tumis bawang besar bawang putih.
Apabila bawang layu, masukkan tomato cincang dan tomato puri.
Kecilkan api dan kemudian masukkan pula daun selasih, oregano kering, gula, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga sos tersebut mendidih.
Apabila mendidih, barulah masukkan daging dan sosej tadi.
Gaul sebati bahan tersebut bersama sos dan kemudian masukkan keju parmesan. Tutup periuk dan biarkan sos ini mereneh dan masak sebati.
Sementara itu, lembutkan pasta. Didihkan air bersama sedikit minyak zaitun dan masukkan spaghetti. Apabila spaghetti telah lembut, gunakan penapis dan sejatkan airnya.
Masukkan semula ke dalam mangkuk… dan kemudian gaul bersama sedikit minyak zaitun supaya spaghetti tersebut tidak melekat.
Apabila sos tadi telah masak, gaul sebati dan sesuaiakan bahan-bahan perasa mengikut citarasa tersendiri. Sos istimewa ini sesuai dinikmati dengan apa jua jenis pasta.
Hidangkan sos ini bersama spaghetti tadi. Selamat menjamu selera!