1) Pasta twist (6 oz)
2) Air untuk lembutkan pasta
3) Keju parmesan (1/4 cawan)
4) Keju mozzarella (1/4 cawan)
5) Cheddar (1/4 cawan)
6) Susu segar (1/4 cawan)
7) Bawang putih - dicincang (1 ulas)
8) Minyak zaiton (1/2 sudu kecil)
Mula-mula, didihkan air bersama sedikit minyak zaiton. Kemudian masukkan pasta. Masak sehingga pasta lembut. Apabila siap, sejatkan airnya.
Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Kemudian curahkan susu segar, masukkan cheddar, dan mozzarella. Kacau sehingga keju tersebut cair.
Masukkan pasta dan gaul rata bersama keju. Akhir sekali taburkan keju parmesan dan kacau lagi sehingga semua bahan dan rasa sebati.
Pasta twist berkeju telah pun sedia untuk dinikmati.