1) Paru (200g)
2) Serai - diketuk (1 batang)
3) Halia (2 hiris)
4) Limau nipis - dipotong dan dibuang biji (1 biji)
5) Cili padi - dihiris nipis (3 biji)
6) Bawang besar - dihiris nipis (1/2 biji)
7) Air asam jawa (1/2 cawan)
8) Belacan bakar - cairkan bersama sedikit air (1 cm)
9) Garam (sedikit)
Mula-mula rebus paru bersama air secukupnya, serai, halia dan sedikit garam,
Tutup periuk dan masak sehingga paru tersebut benar-benar empuk
Apabila paru telah empuk, ambil 1 cawan air rebusannya dan hiris nipis paru tersebut.
Campurkan hirisan paru bersama belacan, air asam jawa, air rebusan paru, cili padi serta bawang, garam dan jus limau nipis.
Gaul sebati dan paru air asam sedia untuk dihidang