1) Tepung gandum (1 cawan)
2) Susu cair suam (3/4 cawan)
3) Pisang dihiris nipis (1 biji)
4) Telur (2 biji)
5) Serbuk penaik (1 sudu kecil)
6) Garam (secukup rasa)
7) Mentega ( pastikan tidak keras) (1 sudu besar)
Kisar semua bahan (kecuali pisang) hingga sebati.
Goreng adunan menggunakan api kecil dan tanpa minyak. (Guna kuali yang tidak melekat agar pancake cantik terbentuk)
Terbalikkan pancake apabila lapisan bawah bertukar warna. Kemudian angkat.
Boleh juga ditambahkan pisang ketika pancake masih cair.
Hidang pancake bersama madu dan mentega atau aiskrim.