Untuk Pan Seared Lamb;
1) Daging Kambing (4 keping)
2) Bawang Putih - dicincang halus (4 ulas)
3) Daun Rosemary - dicincang kasar (1 sudu besar)
4) Garam (secukup rasa)
5) Lada Hitam (1 sudu besar)
6) Minyak Zaiton (1/4 cawan)
Untuk Sos;
1) Pati Daging (1 kuib)
2) Cendawan Butang - dihiris nipis (250g)
3) Susu Segar (1/2 cawan)
4) Mentega (1 sudu besar)
5) Jus Lemon (1/2 sudu kecil)
6) Lada Hitam (secukup rasa)
7) Garam (secukup rasa)
8) Gula (1/2 sudu kecil)
Campur garam bersama lada hitam dan ratakan pada daging kambing. Tabur bawang putih, daun rosemary, dan minyak ke atas daging. Lumur rata dan perap 2 hingga 3 jam.
Setelah siap diperap, bakar 15 ke 20 minit hingga daging masak.
Ssediakan sosnya;
Cairkan mentega. Masukkan cendawan yang dipotong nipis.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
Tabur serbuk lada hitam dan masukkan kiub pati daging.
Tuang susu dan kacau rata. Biar mereneh hingga sos menjadi pekat.
Apabila siap, segera curahkan sos ke atas daging.
Pan seared lamb bersama sos perang bercendawan sedia untuk dihidang.