1) Nenas - dipotong nipis (1/4 biji)
2) Bunga cengkih (1 kuntum)
3) Buah pelaga (1 biji)
4) Bunga lawang (3 kelopak)
5) Kulit kayu manis (2 cm)
6) Serbuk kari daging (2 sudu besar)
7) Bawang merah (2 ulas)
8) Bawang putih (1 ulas)
9) Kerisek - dibancuh dengan 4 sudu besar santan (1 sudu besar)
10) Santan (2 cawan)
11) Manisan (1 keping)
12) Garam (sedikit)
13) Minyak untuk menumis
Pertama sekali, celur nenas hingga layu dan toskan airnya.
Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah.
Setelah bawang merah layu, masukkan rempah kari yang telah dicairkan dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan pes cili. Kacau lagi dan masukkan rempah kasar. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan biarkan hingga mendidih. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan berketul.
Selepas iu, masukkan nenas, manisan, air asam jawa, dan garam. Kacau seketika dan biarkan kuah mendidih.
Bila sudah masak, masukkan kerisek. Kacau dan biarkan seketika sebelum angkat.