1) Nenas - dikupas kulit dan dipotong kecil (1 biji)
2) Aiskrim vanilla - mengikut citarasa (secukupnya)
3) Gula perang (1 cawan)
4) Mentega (1 sudu besar)
5) Serbuk kayu manis (1 sudu kecil)
6) Garam (sedikit)
Cairkan mentega. Masukkan kepingan nenas. Masak beberapa ketika hingga nenas agak layu.
Curahkan gula perang dan masak lagi hingga gula perang cair dan sebati bersama nenas.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk Kayu manis.
Sebatikan.
Apabila siap, masukkan nenas ke dalam bekas dan letak aiskrim vanilla. Curahkan jus nenas yang dimasak tadi.