Bahan untuk Nasi
1) Beras (4 cawan)
2) Santan (5 cawan)
3) Serai (2 batang)
4) Bawang putih - dipotong halus (2 ulas)
5) Bawang merah - dipotong halus (2 ulas)
6) Garam (sedikit)
7) Minyak
Bahan untuk Gulai Ayam
1) Ayam (1 ekor)
2) Bawang merah (10 ulas)
3) Bawang putih (2 ulas)
4) Lengkuas (1 inci)
5) Kunyit (1 cm)
6) Cili merah - dibuang biji (6 biji)
7) Daun kunyit (1 helai)
8) Asam (2 keping)
9) Serai (2 batang)
10) Buah keras (4 biji)
11) Tomato - dipotong nipis (1 biji)
12) Serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
13) Serbuk ketumbar (1 sudu besar)
14) Garam (sedikit)
Nasi
Cara membuatnya, pertama ketuk serai dan panaskan sedikit minyak.
Kemudian, tumis serai sebentar, diikuti dengan bawang merah dan bawang putih.
Setelah layu, masukkan beras yang sudah dibersihkan dan gaul hingga semua bahan sebati.
Selepas itu, masukkan beras tadi ke dalam periuk, diikuti dengan santan.
Seterusnya masukkan garam dan kacau sebentar supaya bahan-bahan sebati.
Panaskan periuk dan biarkan hingga nasi masak. Sementara itu, sediakan gulai ayam.
Gulai Ayam
Cara-caranya, kisar bawang merah, halia, kunyit, bawang putih, cili merah serta buah keras bersama sedikit air.
Setelah bahan-bahan tadi lumat, masukkan serbuk ketumbar serta jintan manis dan kisar sekali lagi hingga semua bahan sebati.
Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis serai, bahan-bahan yang dikisar tadi serta tomato.
Kacau seketika dan masukkan asam keping diikuti dengan daun kunyit.
Kacau sebentar hingga semua bahan sebati dan masukkan ayam.
Akhir sekali, masukkan garam dan gaul hingga semua bahan sebati.
Biarkan masak hingga kuah kering. Nasi uduk sedia untuk dihidang.