1) Beras (4 cawan)
2) Bawang putih (1 ulas)
3) Bawang merah (4 ulas)
4) Halia (1 cm)
5) Kulit kayu manis
6) Bunga lawang (1 kuntum)
7) Sos tomato (1 cawan)
8) Susu cair (2 cawan)
9) Air (6 cawan)
10) Daun pandan (1 helai)
11) Garam (secukup rasa)
12) Minyak sapi (secukupnya)
Cairkan minyak sapi di dalam kuali.
Tumis bawang putih (dicincang halus) hingga naik bau, kemudian masukkan bawang merah.
Apabila bawang merah layu, masukkan halia (dimayang), bunga lawang, dan kulit kayu manis. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tomato. Biar hingga pecah minyak.
Masukkan susu cair, kacau dan biar hingga mendidih.
Masukkan beras ke dalam periuk diikuti dengan bahan tadi, garam, dan air. Kacau sebati.
Masukkan daun pandan.
Masak nasi sama ada menggunakan dapur biasa atau periuk elektrik.
Apabila nasi masak, balik-balikkan bahagian bawah ke atas dan biar seketika.
Nasi Tomato dihidang bersama Ayam Merah Pedas dan Dalca.