Air Rebusan Kunyit:
Hiris kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk bersama 8 cawan air.
Biar mendidih hingga air berwarna kuning kemerah-merahan.
Apabila rebusan berubah warna, tutup api dan biar sejuk.
Tumis Kerabu:
Tumbuk bawang putih hingga lumat diikuti dengan halia, bawang merah dan garam.
Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan santan. Apabila pecah minyak sedikit, masukkan asam keping dan serai.
Biar hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Nasi:
Masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan kunyit, daun pandan dan garam.
Kacau sebati dan panaskan periuk.
Apabila nasi masak, balik-balikkan ke atas dan biar seketika.
Kerisek Kerabu:
Goreng kelapa parut tanpa minyak hingga perang.
Tumbuk serai hingga lumat diikuti dengan garam dan halia. Setelah hancur, masukkan bawang merah, tumbuk hingga lumat dan asingkan.
Tumbuk kelapa parut goreng. (Tumbuk sebentar sahaja supaya kelapa parut tidak terlalu hancur)
Asingkan isi ikan dari tulang. Tumbuk isi ikan hingga lumat.
Masukkan isi ikan ke dalam mangkuk bersama bahan yang ditumbuk. Gaul sebati.
Ulam:
Potong halus timun dan asingkan.
Hiris halus daun kesum. Gaul bersama taugeh dan kacang panjang.
Hidang:
Hidang Nasi Kerabu Kuning bersama tumis, kerisek, ulam dan menu lain seperti ikan rebus goreng, daging goreng panggang dan penambah rasa seperti tumis budu, air lada serta keropok ikan.