1) Beras (2 cawan)
2) Daging Cincang (200g)
3) Susu Cair (1 cawan)
4) Minyak Sapi (1 cawan)
5) Pati Daun Pandan (1 cawan)
6) Daun Pandan - disimpul (2 helai)
7) Bawang Merah (3 ulas)
8) Halia - dihiris nipis (1 inci)
9) Bawang Putih (1 ulas)
10) Bunga Cengkih (1 kuntum)
11) Bunga Lawang (1 kuntum)
12) Buah Pelaga (1 biji)
13) Kulit Kayu Manis (1 inci)
14) Garam (sedikit)
Cairkan minyak sapi dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris nipis.
Apabila naik bau, masukkan daging cincang, rempah, daun pandan dan garam. Masak hingga daging empuk.
Masukkan pati daun pandan, susu cair dan beras. Tambah sedikit air dan kacau rata. Masak hingga nasi empuk.
Nasi kabuli dihidang bersama Rendang Ayam Goreng ataupun lauk pauk lain yang sesuai.