1) Nasi (1 mangkuk)
2) Ikan bilis (segenggam)
3) Bawang putih diketuk (1 ulas)
4) Bawang merah dihiris halus (1 ulas)
5) Cili merah dihiris nipis (1 biji )
6) Cili hijau dihiris nipis (1 biji )
7) Kicap (secukup rasa)
8) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)
Relaikan nasi dan gaul dengan kicap.
Tumbuk kasar ikan bilis.
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan ikan bilis. Goreng hingga sedikit garing.
Masukkan nasi dan goreng seketika.
Masukkan cili jika suka.
Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.