1) Nasi (4 cawan)
2) Udang kering (1 sudu)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Budu (2 sudu)
6) Timun - dipotong nipis (sedikit)
7) Kacang botor (sedikit)
8) Cili padi (4 biji)
9) Limau nipis (1 biji)
10) Garam (sedikit)
11) Minyak untuk menggoreng
Pertama sekali, tumbuk udang kering yang sudah dibersihkan hingga sedikit lumat diikuti dengan bawang putih dan bawang merah.
Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Setelah garing, masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
Untuk membuat ulamnya pula, potong halus cili padi dan
masukkan ke dalam budu. Selepas itu, perahkan air limau nipis.
Hidanglah bersama nasi goreng mok tok dan ulam-ulaman.