1) Filet ayam - dipotong memanjang (300g)
2) Beras - dibasuh bersih (2 cawan)
3) Susu (1 cawan)
4) Lada benggala merah - didadu kecil (1 biji)
5) Keju parmesan (sedikit)
6) Bawang besar - dihiris nipis (1/2 biji)
7) Bawang besar - dicincang kasar (2 sudu besar)
8) Bawang putih - dihiris nipis (2 ulas)
9) Halia - dihiris nipis (1 sudu kecil)
10) Cuka (1/2 sudu kecil)
11) Sos hoisin (1 sudu besar)
12) Kiub pati ayam - cairkan bersama 2 cawan air (1)
13) Oregano kering (1 sudu kecil)
14) Serbuk lada hitam (1 sudu besar)
15) Garam (1 sudu besar)
Mula-mula sediakan ayam hoisin. Perasakan ayam bersama bersama garam, serbuk lada hitam dan juga oregano. Sebatikan dan perap seketika
Kemudian, panaskan minyak dan tumis halia serta bawang besar. Apabila naik bau, masukkan ayam.
Setelah ayam bertukar warna, masukkan pula sedikit cuka. Sebatikan semua bahan.
Akhir sekali apabila ayam telah empuk barulah masukkan sos hoisin. Sebatikan semua bahan dan semua rasa mengikut citarasa tersendiri. Apabila masak, ketepikan ke dalm pinggan hidangan.
Sediakan pula nasi goreng berkrim. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan beras. Goreng beras tersebut lebih kurang 2 hingga 3 mint dan masukkan stok ayam sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan susu. Masak menggunakan api kecil sehingga empuk dan kering. Akhir sekali masukkan lada benggala dan juga parmesan.
Apabila siap, hidangkan bersama ayam hoisin tadi. Nasi goreng berkrim bersama ayam hoisin sedia untuk dinikmati.