1) Beras basmathi (3 cawan)
2) Ayam dipotong kasar (1/2 ekor)
3) Susu cair (3 cawan)
4) Tomato puri (1 cawan)
5) Minyak sapi (1/2 cawan)
6) Serbuk kari (1 sudu)
7) Badam (6 biji)
8) Halia (2 cm)
9) Bawang besar (1 biji)
10) Bawang putih (1 ulas)
11) Bawang merah (3 ulas)
12) Kulit kayu manis (1 inci)
13) Bunga lawang (2 kuntum)
14) Bunga cengkih (2 kuntum)
15) Buah pelaga (2 biji)
16) Daun pudina (secukup rasa)
17) Daun pandan (1 helai)
18) Serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
19) Garam (secukup rasa)
Tumbuk badam hingga hancur dan asingkan.
Tumbuk bawang putih dan asingkan.
Lakukan proses yang sama untuk bawang merah dan halia.
Cincang bawang besar.
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Biar hingga cair dan masukkan bawang putih serta bawang merah yang ditumbuk.
Setelah naik bau, masukkan bawang besar yang dicincang. Apabila bawang besar layu, masukkan halia, rempah kari yang dicarkan dengan sedikit air, dan serbuk jintan manis. Kacau sebentar.
Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
Apabila naik bau, masukkan 3 cawan air, ayam, dan garam. Tutup periuk. Biar hingga ayam empuk.
Masukkan tomato puri, badam tumbuk, dan beras. Gaul rata dan masukkan susu cair. Gaul dan masukkan daun pudina serta daun pandan.
Tutup periuk dan biar hingga nasi masak dengan api yang kecil. Gaul sekali-sekala dan tutup periuk hingga nasi masak.
Hidanglah bersama Acar Bawang dan Dalca Kari.