1) Beras basmathi (5 cawan)
2) Air untuk memasak nasi (secukupnya)
3) Daging batang pinang - potong kiub (500g)
4) Bawang goreng (1/2 cawan)
5) Sultanas (1/2 cawan)
6) Kulit kayu manis (1 batang)
7) Bunga cengkih (1 sudu kecil)
8) Bunga lawang (4 kuntum)
9) Minyak sapi (3 sudu besar)
10) Daun ketumbar - dipotong kasar (1/2 cawan)
11) Limau nipis - dibelah dua (2 biji)
12) Halia - dihiris nipis (1 inci)
13) Bawang putih - dihiris nipis (5 ulas)
14) Cili hijau - dipotong nipis (4 biji)
15) Bawang kuning - dihiris nipis (3 biji)
16) Tomato puri (1 cawan)
17) Susu cair (1 cawan)
18) Yogurt (1 cawan)
19) Garam masala (5 sudu besar)
20) Air mawar (2 sudu besar)
21) Minyak masak (sedikit)
Masak daging:
Tumis semua rempah ratus hingga naik bau.
Masukan bawang putih, bawang besar dan minyak sapi. Goreng hingga bawang layu.
Masukkan daging dan garam masala. Kacau sebati.
Masukkan sedikit garam. Sebatikan dan masukkan daun ketumbar, puri tomato, susu cair dan yoghurt.
Kacau sebati dan tutup periuk. Masak dengan api yang sederhana.
Sekali-sekala buka penutup kuali dan kacau rata.
Setelah daging empuk dan kuah pecah minyak, masukkan cili hijau dan kacau rata.
Perah jus limau nipis dan kacau rata.
Masak lagi supaya semua rasa sebati bersama daging.
(Jika minyak daging tadi terlalu banyak, buangkan sedikit.)
Masak nasi:
Masak beras basmathi di atas api sederhana.
Apabila air kering, kacau rata dan kecilkan api dan tutup periuk. Masak nasi hingga separuh masak sahaja.
Apabila daging telah empuk sebati bersama semua rasa, masukkannya ke dalam nasi.
Kacau rata dan curah air mawar. Kacau lagi.
Tutupkan semula periuk dan masak lagi hingga nasi empuk sebati.
Apabila nasi masak sebati bersama semua bahan, masukkan bawang goreng dan sultanas. Kacau rata.
Nasi Beryani Daging boleh dinikmati bersama acar rampai.