1) Mee kuning (500g)
2) Sawi (1 ikat)
3) Isi ayam - dipotong kecil (100g)
4) Telur (2 biji)
5) Tomato - dipotong kasar (1/2 biji)
6) Bawang putih - dipotong halus (1 ulas)
7) Bawang putih - diketuk (1 ulas)
8) Bawang merah - dipotong halus (1 ulas)
9) Pes cili (2 sudu besar)
10) Kicap pekat (2 sudu besar)
11) Sos cili (3 sudu besar)
12) Garam (sedikit)
13) Minyak untuk menggoreng
Mula-mula, masukkan isi ayam ke dalam periuk diikuti dengan 2 cawan air.
Kemudian, masukkan bawang putih yang dipotong halus dan sedikit garam.
Kacau sebentar dan panaskan periuk. Biarkan mendidih hingga ayam masak, tutup api dan biarkan seketika.
Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang diketuk hingga wangi diikuti dengan bawang merah.
Apabila bawang merah layu, masukkan pes cili dan goreng hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan gula, kacau seketika dan masukkan isi ayam yang direbus tadi.
Kacau lagi hingga sebati dan masukkan sos cili diikuti dengan kicap pekat dan tomato.
Kemudian, masukkan pula sawi, kacau hingga sedikit layu dan masukkan mee.
Gaul hingga semua bahan sebati, masukkan telur dan kacau lagi.
Akhir sekali, masukkan air rebusan ayam tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau.
Ulang langkah yang sama hingga semua air rebusan tadi habis.
Mee goreng sedia untuk dihidang.