1) mee kuning (300g )
2) udang –dicincang kasar (10 ekor )
3) isi ayam – dipotong kasar (100 g )
4) tauhu goreng (2 keping )
5) cendawan butang – dipotong kecil (4 biji )
6) cendawan tiram (6 keping )
7) lada benggala merah – dipotong segiempat (1 biji )
8) tomato dipotong wedges (2 biji)
9) kubis – dihiris nipis (20g )
10) taugeh (20g )
11) bawang putih - dicincang (4 ulas )
12) sos tiram (2 sudu besar )
13) sos abalon (1 sudu besar )
14) tepung jagung –dicairkan bersama sedikit air (1 sudu kecil)
15) kicap pekat (1 sudu besar )
16) lada hitam ( 1 sudu kecil )
17) garam ( secukup rasa )
18) minyak untuk menumis (sedikit)
1. Mula-mula panaskan minyak dan masukkan udang serta ayam. Perasakan dengan sedikit garam.
2. Goreng sehingga bertukar warna dan kemudian masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau
3. Seterusnya masukkan lada benggala dan cendawan. Goreng beberapa ketika sehingga kedua-dua bahan tersebut sedikit layu.
4. Selepas itu, masukkan sos tiram, kicap pekat, tomato dan sos abalon.
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian masukkan air tepung jagung, hirisan kubis dan taugeh, tauhu goreng serta serbuk lada hitam.
6. Kacau lagi sehingga bahan-bahan tersebut agak layu dan masukkan pula mee kuning. Sebatikan mee kuning tersebut bersama semua bahan.
7. Tambahkan sedikit air supaya mee ini sedikit berkuah. Hidangkan mee hailam ini ketika masih panas. Selamat menjamu selera