1) Air masak bersama ketulan ais secukupnya (1 cawan)
2) Minuman berkarbonat - limau nipis (1 tin)
3) Daun pudina (secukupnya)
4) Limau nipis - dihiris nipis (1 biji)
5) Jus limau nipis (1/4 cawan)
Mula-mula ketuk sedikit daun pudina bagi mengeluarkan minyak daun pudina… kemudian hancurkannya dan masukkan ke dalam jag berisi ais dan air masak.
Curahkan jus limau nipis. Jika ingin lebih masam, perahkan pula jus dari hirisan limau.
Seterusnya curahkan pula minuman berkarbonat. Kacau rata dan lemonade sedia dihidang bagi menyegarkan tekak ketika cuaca panas. Hidangkan bersama hirisan limau nipis sebagai hiasan